Tuesday, March 19, 2013

Edisi Penuh laman web Akademi Alam Satria telah di tukar ke :





Thursday, October 27, 2011

Facebook Akademi Alam Satria

Nie adalah URL FB Akademi Alam Satria... Jangan lupa join

Facebook Akademi Alam Satria

Logo Baru Dan Pautan Update terkini

Ini adalah logo baru akademi alam satria.. kandungan blog nie jarang diupdate...

Blog nie jarang2 update sebab kebanyakan aktiviti di pos di laman blog http://setiajb.blogspot.com ... jemput kesana.. Segala perubahan blog akan diberitahu kemudian...

Tuesday, April 20, 2010

Seminar Senaman Tenaga Hak Diri + Bonus Istimewa Teknik Penyembuhan Gelombang Iman Terapi



Assalammualaikum..Sedikit Perkongsian ilmu..

Seminar yang akan dikendalikan oleh cikgu Ruzaidi Abd. Rahman.. Jangan lepaskan peluang untuk ilmu yang nyata. Bukan sekadar retorik tapi dari yang berpengalaman.. Pahami Tenaga dalam diri anda dan kaedah mengawal dan menyalur.. Bukan teknik "Transfer" yang belum pasti kebenaranya.. Teknik yang perlu kepada penghayatan dan pengamalan...

Ijazah lengkap perubatan ruqyah berserta kaedah gelombang iman terapi sebagai hadiah istimewa untuk anda...

Maklumat lanjut layari BETAKOS

Tuesday, April 13, 2010

Mesyuarat AJK Penubuhan Rasmi Akademi Alam Satria



Assalammualaikum..

Untuk pengetahuan semua, mesyuarat pertama Pra-Pendaftaran Akademi Alam Satria akan diadakan pada tarikh berikut :-

Tarikh : 17 - 4 - 2010
Hari :Sabtu
Masa : 8 Malam
Tempat : Mamak Setia Tropika

Agenda :-

1. Ucapan Pengerusi Majlis
2. Perlantikan AJK
3. Perbincangan Dasar Asas Pertubuhan
4. Perbincangan Aktiviti
5. Hal-Hal Lain.

Pakaian :- Bebas (Yang Penting Tutup Aurat)

** Sesiapa Yang berminat boleh turut serta dalam mesyuarat ini.. Sila Hubungi Saya..

MAKLUMAN

"Akademi Alam Satria yang bakal ditubuhkan tidak menjurus kepada mana-mana persatuan Silat Secara khusus. Tetapi Kita disini menghimpun semua peminat dan pencinta Silat Khususnya Negeri Johor untuk berkongsi ilmu persilatan walaupun berlainan perguruan..Bukan setakat berkongsi ilmu persilatan sahaja bahkan turut bersama-sama untuk menggerakan badan ini ke suatu arah yang lebih tinggi dalam usaha memartabatkan silat..Penjanaan ekonomi secara efektif untuk perkembangan silat juga merupakan agenda perjuangan..Perkongsian permainan silat, muzik silat, senjata silat, kursus-kursus persilatan, perawatan, pembangunan remaja dalam silat dan pertandingan-pertandingan silat seni dan olahraga merupakan topik utama dalam wadah perjuangan"

Setakat ini baru 4 orang mengesahkan kehadiran. Bagi yang sudah menerima SMS dari saya.. Sila hubungi saya segera..

--------TERKINI--------

Sudah 9 Orang Comfirm nak hadir jika tiada aral melintang.. terima kasih semua.. Semoga kita akan dapat melihat silat terus berkembang..

Sunday, December 13, 2009

Penubuhan Akademi Alam Satria



Assalammualikum dan Salam Sejahtera

saya ingin mewawarkan untuk peminat seni beladiri untuk bergabung dengan saya dalam usaha mengembangkan warisan budaya kita ini..

InsyaAllah sebelum akhir tahun ini atau awal tahun hadapan saya akan mendaftarkan satu pertubuhan iaitu "AKADEMI ALAM SATRIA" secara rasmi melalui Pertubuhan Belia (ROY)..Dan saya akan membuat pendaftaran dengan pesaka. Didalam akademi ini kita akan fokuskan perjuangan kepada aliran beladiri khususnya silat.

Cadangan saya ialah kita akan berkerjasama untuk mewujudkan dana untuk memiliki satu studio GYM Silat (Dojo) di daerah JOHOR BAHRU yang mana kita boleh gunakan untuk mengembangkan ilmu persilatan mengikut cara yang terkini, modern dan memberi keselesaan kepada pelatih-pelatih silat. Selain dari pembukaan studio banyak lagi agenda perjuangan warisan budaya ini akan diperbincangkan

Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai Akademi Alam Satria sila hubungi saya Alwee Shamrin 0127976977 - Terutamanya yang duduk disekitar Johor Bahru - Senai - Kulai - Pasir Gudang dan yang seangkatan denganya.

Saya hanya perlukan 7 orang yang benar-benar mampu untuk memberi komitmen sahaja.. Tidak kira ada pengalaman silat atau tidak, yang penting KOMITMEN.